Sunday, February 23, 2014

Officially Yuzuru Hanyu Fans!


 


Yuzuru Hanyu berumur 19 tahun , berasal darip Sendai, Jepun dan menang pingat Emas di Winter Olympics 2014 bagi acara Men's Figure Skating baru-baru ini mengalahkan juara dunia 3 kali berturut-turut Patrick Chan dari Canada dan Dennis Tan dari Kazakhstan. 

Yuzuru mula skating pada umur 4 tahun selepas melihat kakaknya bermain skating. Sejak itu dia mula  skating dan masuk banyak acara dunia bagi kategori Junior dan banyak memenangi pingat untuk kategori itu. Yuzuru Pada umur 16 tahun, dia mula bertanding bagi kategori Senior dan melayakkan diri ke acara Winter Olympics 2014.  Sejak umur 4 tahun lagi cita-cita dia untuk masuk ke Olympics 2014 ini. Selepas 15 tahun, cita-citanya tercapai dan memenangi pingat Emas.

Serba sedikit pasal Yuzuru. Apa yang Nad kagum pasal dia ialah dia tak mudah putus asa walaupun dia tak memenangi acara yang dia masuk bertanding. Dia anggap itu cabaran untuk diri dia. Yuzuru juga salah satu mangsa gempa bumi dan tsunami di Sendai, Jepun pada tahun 2011. Di sebabkan gempa bumi itu dia tidak boleh skating kerana tempat skating telah rosak teruk sehingga dia fikir untuk berhenti sahaja skating tetapi semangat dia yang tinggi membuatkan dia mula berfikir. Dia telah pergi membuat persembahan ke 60  tempat skating di seluruh Jepun untuk menggunakan ia sebagai satu peluang untuk melatih diri sendiri. Dia dan skater Jepun yang lain mengambil bahagian membuat persembahan untuk meningkatkan kutipan derma untuk mangsa gempa bumi dan tsunami.


Short program

Full Program

Short program ( dimana skater mesti lengkapkan senarai elemen diperlukan yang terdiri daripada melompat, berputar dan steps.dan Full Program (Skater mempunyai pilihan untuk memilih elemen). Dua-dua persembahan ini Yuzuru lakukan di Winter Olympics 2014. Olympic kali ini banyak video di sekat apabila di upload kerana ia restricted to certain country onlyUntuk tahu permarkahan, atau style mereka boleh refer SINI. Nad suka lagu yang digunakan oleh Yuzuru ^^

Sebenarnya Nad terjumpa tentang Yuzuru di tumblr dan sejak itu Nad mula ikuti dia sehingga perlawanan akhir figure skating yang dia bertanding di Olympic. Cumel dan Nad suka tengok badan dia bila skating. Sangat cantik bila dia lompat :) Paling penting , bila dia jatuh dari buat lompatan , dia akan bangun semula dan buat sampai la dia dapat buat dengan sempurna.! 



Itu sahaja daripada Nad. Officially Yuzuru Hanyu Fans!

see ya! ^^

Source: wikipedia , Vid Credit to Poplar359 @ YT :)




9 comments:

  1. This is good nad...boleh jadi motivasi dan inspirasi ni..yang ptg never give up kan!!

    ReplyDelete
  2. ingatkan artis korea tadi.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Fiza tak mengenali dia nie.. tp baca kat entry Nad nie baru Fiza tahu..hebat orangnya..

    ReplyDelete
  4. tak pernah dgr pun sebelum ni.. but thanks to nad jugak lah, makin dikenali ramai dia.. hehe

    ReplyDelete

Salam, Kepada sesiapa yang ingin meletakkan link sila gunakan
<a href="URL BLOG">Nama< /a> [rapat kan < dengan / okey ;)] ini atau just letak URL blog korang tanpa blogspot.com
Sila ikut cara nie ye. hee

Salam sayang dari Naddy ♥
Komen anda amat la bermakna buat Nad.
Mind your words okey ^^

©Copyright Reserved to Story Nadya l Designed by DayangDeno