Saturday, October 19, 2013

PROGRAM VAKSINASI HPV UNTUK WANITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Marilah ramai-ramai memeriahkan Program Vaksinasi HPV untuk Wanita,

Tempat: Universiti Putra Malaysia (UPM) - Bukit Expo
Tarikh : 26 October 2013
Masa : 9.00am - 4.00pm

Apa itu HPV dan Program Vaksinasi HPV?

 Program Vaksinasi HPV (PVHPV) merupakan satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

 Objektif Utama

 Program vaksin ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab Kanser pangkal rahim selama 20 tahun yang akan datang. 

Matlamat Utama Program ini :-
  • 1.Untuk memberi vaksin ini kepada  kepada semua wanita yang lahir pada tahun 1993 hingga 1995 yang tergolong dalam "Kumpulan Sasaran".

  • 2.Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV.

  • 3.Untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim di kalangan wanita di Malaysia.

PERLU TAHU!

HPV atau dikenali sebagai Kanser pangkal rahim adalah penyakit di mana sel-sel di dalam serviks berkembang luar biasa. 99.7 peratus kes kanser pangkal rahim adalah disebabkan oleh papillomavirus manusia (HPV). Vaksin terhadap kanser pangkal rahim boleh mengurangkan kematian sebanyak dua pertiga. Ia adalah penyakit kanser ketiga paling tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan perlu dihentikan!


Perhatian kepada semua wanita berumur dari 18 tahun hingga 20 tahun dan tidak hamil adalah layak untuk mendapat vaksin HPV PERCUMA.



       


Di sana nanti , terdapat aktiviti seperti cabutan bertuah akan dijalankan . 
Tetapi ada syarat-syarat sebelum menyertai cabutan bertuah ini:-

1. 5 orang satu kumpulan.
2. Pastikan setiap ahli kumpulan sudah mengambil vaksin.
3. Hantar nama kumpulan anda. 

Anda berpeluang memenangi hadiah iaitu anda akan ditaja sepenuhnya untuk
 "Girls Day Out" trip ke destinasi yang di rahsiakan :) 

Untuk sebarang pertanyaan,

Sila hubungi PVHPV di laman Facebook mereka.



ADIK-ADIK YANG BERUMUR 18TAHUN HINGGA 20 TAHUN.
JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI.
DEMI MASA DEPAN BANGSA DAN NEGARA!.

see ya :)

22 comments:

  1. nampak nya tak layak la sebab tak tergolong dalam umur yang di atas ehehe

    ReplyDelete
  2. bagus la kalau dpat free..kalau amik kat swasta mahal woo..Umi pun belom amik lagi..anak2 dara umi semua dah..diarang amik kat skolah..:)sesiapa yg ada masa tu..elok pegi..:)
    *Umi nanti kena byr sendiri kalau nak amik vaksin ni..tp dpt mintak harga Doct ngan Doct nanti..hehehe..dolu pernah gi kursus pasal HPV ni..*

    ReplyDelete
  3. Nice sharing so adik2 yg menjadi sasaran tu lebih tau tindakan yang perlu diorang ambil kan.

    ReplyDelete
  4. ni memang terbaik .. bagus dicegah lebih awal..

    ReplyDelete
  5. baru tau pasal benda ni..nnt nk bagitau dkt wife

    ReplyDelete
  6. penting ni , terima kasih untuk info nya :)

    ReplyDelete
  7. waaah nad da buat entri da. sha tgh tggu kelulusan draft. kihkih :D

    ReplyDelete
  8. bagus nie Nad..mmg elok Nad pergi..

    ReplyDelete
  9. info & very gd sharing ni dear & maaf lambat terjah semula, kebusyan & kesihatan Adik x mengizinkan lately!

    ReplyDelete
  10. bagus vaksin ni kan nad
    yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)

    ReplyDelete
  11. Untuk kesihatan kekal sihat, eloklah dapatkannya.

    ReplyDelete
  12. bguslah ada aktiviti mcm ni..skrg ni mcm2 pyakit ada kan..lebih baik kite elak dlu sblum kena =) nice sharing Nad

    ReplyDelete
  13. bagus jugak eh.. tp akak x dpt la vaksin percuma.. sbb dah lanjut usia..haha

    ReplyDelete
  14. bagus kalau aktiviti ini di teruskan

    ReplyDelete

Salam, Kepada sesiapa yang ingin meletakkan link sila gunakan
<a href="URL BLOG">Nama< /a> [rapat kan < dengan / okey ;)] ini atau just letak URL blog korang tanpa blogspot.com
Sila ikut cara nie ye. hee

Salam sayang dari Naddy ♥
Komen anda amat la bermakna buat Nad.
Mind your words okey ^^

©Copyright Reserved to Story Nadya l Designed by DayangDeno