Saturday, October 5, 2013

Apa ada pada kopi?

Assalamualaikum.

google images.

Kopi memang terkenal sebagai minuman kegemaran di seluruh dunia.
Kopi ini sudah menjadi menu utama orang ramai untuk terus bertenaga sepanjang hari
tetapi mereka tidak tahu bahawasanya terdapat beberapa faedah lain selain bertenaga.
Ada di antara anda penggemar kopi dan ada di antara anda nak minum kopi pun tak boleh.
Terdapat beberapa khasiat lain yang ada pada kopi selain daripada minum kopi dan memberi tenaga sepanjang hari .


Antaranya:-

1. Kepada kesihatan dan kecantikkan kulit
 Kopi dapat mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, malah menurut Universiti Kebangsaan Seoul, Korea, kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin.

2. Eyebag pada mata
- Mampu mengurangkan eyebag apabila disapukan kopi pada mata. Kafein dapat membantu pengaliran darah di bawah kulit.

3. Mengurangkan masalah selulit.
-Dalam kajian Universiti Sao Paulo, Brazil, pada 2008, pengkaji mendapati kafein mampu mengurangkan sel selulit hingga 17 peratus manakala satu lagi kajian yang dijalankan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ke atas sukarelawan, mendapati kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70 peratus.

Sifat diuretiknya membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit dan memberi penampilan lebih langsing. Penggunakan serbuk kopi perlu dilakukan secara konsisten 
untuk mendapatkan kesan berpanjangan.

4. Membersihkan kulit dengan membuang sel kulit mati
-menggosok sendiri serbuk kafein ke tubuh .
5. Memperbaiki peredaran darah
-Masukkan kira-kira tiga sudu besar serbuk kopi dalam mangkuk sebelum dicampur dengan sedikit garam, minyak badam dan minyak zaitun. Basahkan badan dengan air suam terlebih dulu untuk membuka liang roma dan kemudian sapukan di seluruh tubuh dengan cara menggosok secara bulatan.

6. Merawat luka dan menghentikan darah
 - Masyarakat Melayu terutama orang tua menggunakan kopi untuk merawat luka dan menghentikan darah apabila serbuk kopi ditabur pada bahagian yang tercedera.

credit: metro.

p/s: patut la kalau minum kopi je asyik2 nak pegi tandas hehe

40 comments:

  1. Kopi boleh menghilangkan mengantuk utk sesetengah org.. tp sy x pernah x mengantuk klu minum kopi hahaa.. pelik lah. Salam Sabtu.. semoga sentiasa ceria :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik.. akak tak suka minum sebab mesti rasa mengantu.. kalau untuk luaran badan boleh cuba petua-petua ni..

    ReplyDelete
  3. kalau terlebih minum kopi sakit kepala pulak..memang hantu skit kopi nie

    ReplyDelete
  4. nice sharing nad, mama suka kopi, tapi takde lah selalu minum..

    ReplyDelete
  5. klo mcm ni kena amal kan minum kopi byk2 la kan ^_^

    ReplyDelete
  6. ..hehe btl la..kalau minum kopi, mst dok ulang tandas..

    ReplyDelete
  7. latte coffee best..salam sabtu nad..

    ReplyDelete
  8. Akak kalau minum kopi mesti rase segar..

    ReplyDelete
  9. Dik An kalau kerap minum coffee confirm migrain huhu...

    ReplyDelete
  10. Koi suka minum kopi.sedapp...

    ReplyDelete
  11. sy prefer teh, kopi ni kureng sikit. hehe

    ReplyDelete
  12. BBL dah 2 bulan tak sentuh air kopi. teringin nak sedut coffee starbuck tapi sebab tengah ambil suplement muka maka kena boikot kejap starbuck. haha


    recent post : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 8

    ReplyDelete
  13. kopi memang ada khasiatya tersendiri.. smpai ada org buat pil caffeine.

    ReplyDelete
  14. saya suka jugak minum kopi ni,hehe... thanks share! info baru ni! :)

    ReplyDelete
  15. akak jarag sangat minum kopi, biasanya nescafe :)

    ReplyDelete
  16. nad, akak tengok kat bloglist nad, post baru akak tak keluar, apa kata nad remove link akak, then letak balik :)

    ReplyDelete
  17. kopi fav acik..sedapnya ..nyum nyum

    ReplyDelete
  18. kopi boleh kuangkan eyebag pd mata.. wah ,, info baru niyh.. kita selalu ada eyebag kat mata ni ...

    ReplyDelete
  19. banyak jugak eh khasiat kopi :)

    ReplyDelete
  20. fizi kurang mimun kopi..x tahu nape..

    ReplyDelete
  21. Sya pengemar kopi..tmbah kopi che nah..kunyah2 serbuk kopi yg kasar2 tu..salam kenal..folo blog naddy..jika sdi,snggah blog sya ya :)

    ReplyDelete
  22. yang last sekali tu pernah buat.. memang berkesan, tp pedih sikit la.

    ReplyDelete
  23. saya x suka minum kopi.. tapi kopi susu yang mak saya buat saya suka.. kekeke~~

    ReplyDelete
  24. kopi jantan mmg minuman feveret =) he3, mmg bnykkn khasiatnya..tp kalau bnyak2 sgt mnum xelok juga..tp yg terbaru kopiko orang kata sedap..boleh la try..nice sharing Nad

    ReplyDelete
  25. banyak betul khasiatnya... ada yang kak mia baru tahu lepas baca entri ni...

    ReplyDelete
  26. saya memang suka minum kopi , sedap hehehe . nice sharing ;)

    ReplyDelete
  27. Wah..banyaknye khasiat kopi..hehe..baguslah untuk wanie yang memang hantu kopi nie..:D

    ReplyDelete
  28. minum kopi gak boleh merawat sembelit sebab CN kalau minum kopi jer mesti akan ke toilet ! hehe

    ReplyDelete
  29. CF pon suka minum kopi tapi buat masa ni terpaksa berhenti dulu :)

    ReplyDelete
  30. hehe..akak tak suka kopi..pening

    ReplyDelete
  31. kopi o tak sedap.. kopi susu sedap.. hehe

    ReplyDelete
  32. kita used to be peminat tegar coffee, tapi sekarang cannot take it anything yang ada caffeine..tea ok..

    ReplyDelete
  33. yg akak tau kopi ni boleh hilangkan rasa ngantok.. eh betul ke? tp yg pastinya akak x minum kopi...hihi..

    ReplyDelete
  34. ni ha peminat kopi dah datang :) hihihi

    ReplyDelete
  35. salam.. wah, akk pun suka kopi.. paling suka mineral coffee ;)

    ReplyDelete
  36. Saya pernah minum kopi tapi tak suka sangatlah rasa dia ._. MILO FOR LIFE XD

    ReplyDelete

Salam, Kepada sesiapa yang ingin meletakkan link sila gunakan
<a href="URL BLOG">Nama< /a> [rapat kan < dengan / okey ;)] ini atau just letak URL blog korang tanpa blogspot.com
Sila ikut cara nie ye. hee

Salam sayang dari Naddy ♥
Komen anda amat la bermakna buat Nad.
Mind your words okey ^^

©Copyright Reserved to Story Nadya l Designed by DayangDeno