Thursday, September 5, 2013

UITM jagoan sukan MASUM- TAHNIAH ^^


Assalamualaikum 



Shah Alam: Kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2013 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Selangor baru-baru ini.
Mereka beraksi cemerlang dengan mengungguli 19 acara iaitu memanah (Lelaki & Wanita), futsal (L&W), bola baling (L&W), tenpin bowling (L&W), boling padang (L&W), tenis (L&W), pencak silat (L), ragbi 15’S, sepak takraw, bola keranjang (L), menembak (L), sofbol (W) dan taekwondo (W).

Naib johan pula bagi acara bola jaring, pencak silat (W), petanque (W), bola tampar (L), karatedo (W), menembak (W), ping pong (L&W) dan taekwondo (L). Sementara acara petanque (L), petanque campuran, badminton (L&W), catur (L), hoki (W) dan karatedo (L) sekadar menduduki tempat ketiga.
Pasukan memanah UiTM lelaki dan wanita beraksi cemerlang apabila mendominasi acara itu dengan menewaskan pencabar terdekat Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pasukan lelaki meraih 7 emas, 5 perak dan 1 gangsa, manakala pasukan wanita pula memenangi 9 emas, 3 perak dan 10 gangsa.

Pesilat lelaki UiTM juga cemerlang meraih 4 emas dan 2 gangsa.
Bagi acara ragbi 15 ’S UiTM Lions menewaskan musuh tradisi UPM 14-5 pada perlawanan akhir.

Bola keranjang lelaki pula berjaya mempertahankan kejuaraan dengan menewaskan UPM 60–58.
Menurut Timbalan Pengarah Pusat Sukan UiTM Mohd Fisol Saud, kejayaan itu adalah hasil kerjasama berpasukan, komitmen tinggi dan semangat juang atlet sepanjang temasya.

Beliau yang juga ketua kontinjen turut mengakui latihan berterusan dan bersistematik berjaya menyiapkan atlet UiTM dari segi fizikal dan mental.

“Kejayaan ini juga tidak akan berhasil tanpa sokongan pengurusan tertinggi UiTM,” katanya.

Sebanyak 20 IPTA menyertai temasya sukan itu.
Sumber : mymetro

Tahniah Nad ucapkan kepada kontinjen UiTM.
Usaha anda memartabatkan nama UiTM di sini ^^

UiTM Sentiasa Di Hatiku.


18 comments:

  1. tahniah juga diucapkan.. majulah sukan untuk negara.. :D

    ReplyDelete
  2. wah wah uitm mmg terbaik laa..tahniah ;)

    ReplyDelete
  3. Uitm daebak ! tira pon uitm . gip me pai . :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Uitm...tabung nuff pun saya klik....moga melimpah ruah.

    ReplyDelete
  5. Betui Nad..Uitm dihatiku....

    maa akak dulu..sofball tak ada...huhuhuuu

    ReplyDelete
  6. tahniah buat Uitm.. fiza pulak UM dihatiku.. hehe

    ReplyDelete
  7. salam nad....moga maju jaya dlm pelajaran..singgah blog nad...
    tq singgah blog sue ye....:)

    ReplyDelete

Salam, Kepada sesiapa yang ingin meletakkan link sila gunakan
<a href="URL BLOG">Nama< /a> [rapat kan < dengan / okey ;)] ini atau just letak URL blog korang tanpa blogspot.com
Sila ikut cara nie ye. hee

Salam sayang dari Naddy ♥
Komen anda amat la bermakna buat Nad.
Mind your words okey ^^

©Copyright Reserved to Story Nadya l Designed by DayangDeno