Saturday, September 7, 2013

Review Drama : ' Jodoh Itu Milik Kita'


Assalamualaikum
CR:Google 
Nad nak review drama Jodoh Itu Milik Kita :)
Jom baca sinopsis dulu.

Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.
Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.
Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin. Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.
Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya, ikuti perjalanan drama bersiri, Jodoh Itu Milik Kita yang akan mula bersiaran pada Isnin, 19 Ogos ini di Astro Mustika HD (saluran 134).
Drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita 40 episod arahan Jamal Khan menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina), Heriyanto (Haikal), Zul Ariffin (Redza) dan Aishah Ilias (Teja)
Jodoh Itu Milik Kita adalah adaptasi novel karya Sara Aisha.


Seperti biasa Nad memang suka tengok drama drama macam nie.
Kalau sesiapa nak download atau tonton online, link di atas.

Hero dan heroin menarik and pandai berlakon.
Tiz Zaqyah da pandai berlakon watak2 macam nie so memang kena la dengan dia.
Aariz dia memang sombong mula-mula, 
bila da mula sayang Dalila nanti tengok la macam mana hehe


Nad pun ada novel dia :)
Cerita nie memang best ^^

see ya around.

9 comments:

  1. byak btol novel yg dah didramakn =) bru nk bgthu xde astro mustika..he3, bgus la, da siap share link..sape nk tgok boleh la klik je..nice sharing..

    ReplyDelete
  2. yumida pernah tengok 1st episod je drama ni
    mmg bez
    esp tizz yg berlakon..terbaek!

    done isi tabung Nuffnang naddy kat sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  3. serius,... mama suka cerita ni, belum miss lagi.. hihi

    ReplyDelete
  4. Patutlah, baca tajuknya pun dah dapat agak mesri adaptasi dari novel.

    ReplyDelete
  5. Baru ja habis baca novel ni... dh keluar drama dh... wa... best2..

    ReplyDelete
  6. akak tgk episod pertama jer pastu tak tgk...tak suka dengan heronya...

    ReplyDelete

Salam, Kepada sesiapa yang ingin meletakkan link sila gunakan
<a href="URL BLOG">Nama< /a> [rapat kan < dengan / okey ;)] ini atau just letak URL blog korang tanpa blogspot.com
Sila ikut cara nie ye. hee

Salam sayang dari Naddy ♥
Komen anda amat la bermakna buat Nad.
Mind your words okey ^^

©Copyright Reserved to Story Nadya l Designed by DayangDeno