Saturday, August 24, 2013

Review drama :'Cinta Jannah'


Assalamualaikum :)
Nak review sikit cerita nie. Mari baca sinopsis dia.

Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.Antara barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff.

Sumber : moviesinfobsyok 


Cerita ni menarik minat Nad .
Kalau korang nak download or nak tengok online link dekat atas nie ya.

First tertarik coz dia kena kawin tanpa dia mahu. kira dia jadi mak sanggup la kepada Izaryl nie. Nad memang suka cerita2 macam nie. Heeee

Second: Nad tak tau hero melayu so Nad rasa gembira ada muka baru. Tak ada la hero sama je yang main.

Third: Hanya 20 episode! woaaaa Memang bole sangat la nak download and tengok. Nad tak suka tengok pukul 7 tu sebab masa tu la nak masak and hidang makanan tuk family. Dinner pun waktu tu juga.

Forth sebab Nelydia berlakon kot. Tengok dia sekarang tengah naik nama dalam industri nie.

Apa lagy jum la kita tengok. Selamat menonton ^^

See ya around.


22 comments:

  1. akak tak tengok ceta ni sebab tak suka kat pelakon lelaki tu. muka lapaq penampaq . ^_^ sori kalo nad atau orang lain minat kat dia..

    ReplyDelete
  2. Hehe..menarik jgk bca sinopsis. Kawin ala2 paksa bunyik cm best. Agaknya apa ending dia noh

    ReplyDelete
  3. mama suka tengok cerita ni, tapi kekadang tak berkesempatan nak tengok habis... mama kena hantar kakak pergi tuisyen,,, ... :(

    ReplyDelete
  4. bace sinopsis dah nampak menarik :) wahh tak sabar nak tengok ending nya

    ReplyDelete
  5. dop pernah tgk pn cerita ni..
    tgk iklan jer..
    tp nelydia senrose tu mmg shark geram tgk.

    ReplyDelete
  6. fae jarang tonton drama melayu. huhu.

    ReplyDelete
  7. sinopsis cambest..leh try download ni :P

    ReplyDelete
  8. drama yg tgh popular skrg ni kn..:)

    ReplyDelete
  9. layan drama ye sis...hehhe..menarik!!!

    ReplyDelete
  10. Setuju jugak. Suka tgk hero dan heroin.Mungkinlah kan.( tak tahu pulak nama pelakon) haha :)

    ReplyDelete
  11. cik akak pun nonton juga...tapi bila part yang baik je..hahaha....
    geram tengok watak si gadis gedik tu...
    muka bukannya lawa sangat...
    lawa lagi cik akak nie.,...hahaha

    ReplyDelete
  12. Aeril Zafrel bukannya pelakon baru nad...dia dah lama berlakon....akak tak miss tgk citer nie...sebab minat nelly...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum . ain pun suka tenguk tengok cerita ni . tapi bertindih dengan solat maghrib . so dapat tenguk sekejap jek. bila lepas solat . habis dah cerita nya :') suka tengok sebab ada nelydia senrose :)

    ReplyDelete
  14. best citer ni...harap ending dia pun best la... :)

    ReplyDelete
  15. jarang tengok cite melayu.. tp org kate cite ni best ^^

    #trend ambil gambar makanan.. biasala tu.. kan :)
    jemput singgah baca entry terbaru..
    http://cartiecacloset.blogspot.com/2013/08/ambil-gambar-makanan-sebelum-makan.html

    ReplyDelete
  16. siap review lg 2 =) manarik juga jlan cter dia..tp sy xpnh tgok..ntah la mungkin xminat kot..nk2 dia siarkn time mghrib..a.way nice sharing..

    ReplyDelete
  17. agak best jugak cite ni at the beginning. tak tau la part tgh dgn akhir dia kann. huhu. takot meleret sgt :P

    ReplyDelete
  18. fiza x smpat ngk sbb jam 7.. kdg2 br otw nk blk umh..bc review nad je la..hihi...

    ReplyDelete
  19. I lagi la jarang nk layan drama melayu.. xsempat.. huhuhu

    ReplyDelete
  20. suara hero tu macho!suka!.ehheheee

    ReplyDelete

Salam, Kepada sesiapa yang ingin meletakkan link sila gunakan
<a href="URL BLOG">Nama< /a> [rapat kan < dengan / okey ;)] ini atau just letak URL blog korang tanpa blogspot.com
Sila ikut cara nie ye. hee

Salam sayang dari Naddy ♥
Komen anda amat la bermakna buat Nad.
Mind your words okey ^^

©Copyright Reserved to Story Nadya l Designed by DayangDeno