Friday, July 26, 2013

Kad Raya SIAP!

Assalamualaikum.


Akhirnya setelah seminggu pulun menulis :)
(pulun= bersungguh-sungguh)
dapat juga Nad siapkan lebih 50 keping kad raya.
Nad bukannya sign je kad raya tu.
Macam-macam Nad tulis. Lenguh tangan. sampai tertido sebab ngantuk sangat.
Tulisan semua senget benget. Maaf la ye.. *peace*
Macam mana la nak tulis 100 pulak? Angan-angan je la . 50 pun terkapai-kapai nak tulis hehe
Naseb tak mintak satu kampung alamat. kalau tak jenuh duk tulis alamat je.


Setelah menulis dan meletakkan semua kad dalam sampul.
Nad pun pergi pejabat pos nak beli setem.
Ada cerita pasal setem nie.
Disebabkan Nad mintak alamat nak dekat 50 orang.
Nad tak boleh tidur memikirkan harga setem.
Takut mahal. Actually Nad tak kisah tapi iya la kalau berkaitan dengan duit nie ape pun kita fikir juga.
Dalam fikiran Nad. setem harga RM0.80X50 = RM40.00.
Agak mahal disitu. Nad sampai fikir nak bagi je by hand. 

Nad pun pergi la ke pejabat pos dekat dengan rumah.
Sudah ambil nombor giliran dan duduk di kerusi yang disediakan.
Nad toleh sebelah kiri, ada iklan dia tulis.
'Setiap 1 penghantaran kad raya harga setem RM0.50'
dalam hati. betul ke nie? 

Sudah tiba giliran Nad , Nad pun tanya abang dekat kaunter tu.
Dia kata betul RM0.50. Alhamdulillah. ^^ Pos Malaysia TERBAIK!
So Nad beli 50 keping setem heeee

P/S: Habes tangan Nad lekat gam .. emmm

22 comments:

  1. aah..aritu mun pernah tnye posmen tu..setem 50sen utk kad raya je..

    ReplyDelete
  2. wah...murahnya setem..
    untungla yang dapat kad raya dari awak :)

    ReplyDelete
  3. @Cik Mun tu la cik mun. terkejut nad mura sikit daripada yg dijangkakan hehe

    ReplyDelete
  4. @fiza saiza next year Nad buat untuk blogger pulak. Nad baru mula so hantar untuk kawan2 dulu ^^

    ReplyDelete
  5. Wah bnyak nya kad raya Nad. Rajin betul dia send kat raya kat member2.hehe

    ReplyDelete
  6. @tiey smilez tu la.. mintak je alamat kat dorg tanpa kira berapa orang nad nak bg hikhik ;)

    ReplyDelete
  7. Banyaknya kad raya, Nad nk bg sapa? Skang susah nak jumpa kad raya kt kedai2.

    ReplyDelete
  8. @miss chillax tengah tanam anggur tu sebab rajin hehe

    ReplyDelete
  9. @Hafiza AizZawa sama la.. Nad baru mula this year balik hehe

    ReplyDelete
  10. salam perkenalan...rietta terjah sni nak chechk hrga setem jugak...weeiii sukA...50 SEN JER...

    ReplyDelete
  11. wahhhh! gigihnya nad! bertuahnya sapa yg dpt kad raya tuhhhh

    ReplyDelete
  12. @Intan Zulhilmi keke ramai yang da dapat :)) nnty next year wat tuk blogger pulak hehe

    ReplyDelete
  13. utk saya takde ehh ? *balas kunjungan awak . Hee :)

    ReplyDelete

Salam, Kepada sesiapa yang ingin meletakkan link sila gunakan
<a href="URL BLOG">Nama< /a> [rapat kan < dengan / okey ;)] ini atau just letak URL blog korang tanpa blogspot.com
Sila ikut cara nie ye. hee

Salam sayang dari Naddy ♥
Komen anda amat la bermakna buat Nad.
Mind your words okey ^^

©Copyright Reserved to Story Nadya l Designed by DayangDeno