Sunday, June 19, 2011

THATS WHY KPOP THE BEST!

Malaysian Artist should READ this!
They should know how to become REAL artist!
and for entertainment company~
you guys should learn from them!

okey now i'll show you the article..
sorry its in malay~ so lazy to translate this article to english :D

Tiru macam artis Korea
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

PERTUMBUHAN pantas industri hiburan Asia Timur khususnya dari Korea Selatan mencetus polemik apabila populariti bintang K-Pop cuba mengambil alih ruang sempit yang terpaksa dikongsi penggiat industri hiburan tempatan. Gelombang luar biasa yang jika tidak dikawal akan memberi kesan kepada pertumbuhan industri hiburan tempatan, terutama muzik yang sedang berdepan pelbagai ancaman. 

Ketidakpuasan hati penggiat industri hiburan terus berlagu, menuntut ruang yang menjadi milik mereka itu dikembalikan dan muzik tempatan dimartabatkan semula. Apakah benar mereka yang bersalah atau kita sendiri yang membuka ruang itu kepada orang luar untuk menguasai, sekali gus merampas nikmat yang dulu pernah berada dalam genggaman?

Pensyarah Jabatan Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dalam temubual bersama Berita Minggu tidak lama dulu, berkata K-Pop digilai remaja kerana ketidakupayaan artis tempatan menempatkan diri sebagai ikon cemerlang dalam karya dipaparkan.
Kehebatan artis Korea, katanya, bukan saja dari aspek fizikal sempurna tetapi menawarkan kandungan sikap dan identiti bersandarkan tiga ciri, iaitu ethos (pembawaan karakter), pathos (pembawaan emosi) dan logos (pembawaan nilai). 

“Tiga pembawaan ini menjadi tarikan utama peminat yang akhirnya memilih untuk bersama dalam fantasi dibangunkan hiburan Asia Timur,” katanya. 

Melihat dari sudut positif, bintang K-Pop itu cuma menjual segala tarikan itu untuk mencipta nama yang gah tidak hanya di Asia, sebaliknya di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Realitinya, apa yang mereka kecapi tu tidak diperoleh sekelip mata. Ia menuntut komitmen dan proses latihan berpanjangan, hanya untuk mempersiapkan mereka ke persada antarabangsa. 

Artis ini diletakkan di bawah pengawasan jurulatih profesional yang membimbing mereka dalam segala aspek berkaitan seni persembahan. Difahamkan, label yang memayungi artis itu juga bersedia melaburkan sehingga $400,000 (RM1.2 juta) menerusi skim latihan yang mengambil masa sehingga dua tahun. 

Latihan itu merangkumi vokal, koreografi, olahan tubuh serta penguasaan bahasa untuk memastikan mereka bersedia menjadi artis profesional. Malangnya, semua aspek penting yang menjadi asas dalam melahirkan seorang bintang itu tidak lagi dijadikan elemen utama untuk mengasah bakat baru di negara ini. 

Industri hiburan kita masih bersandar kepada fantasi yang terus menggula-gulakan anak muda dengan populariti singkat tanpa persediaan menempuh realiti sebenar dunia hiburan. Program realiti hari ini banyak menelanjangkan sisi ‘hodoh’ industri hiburan apabila kebanyakan bakat baru ini hadir kosong tanpa persediaan rapi untuk digilap sebagai bintang. 

Peminat dapat melihat ramai bakat baru yang terkial-kial ketika pertama kali ditemubual, malah kekok untuk meyakinkan penonton dengan keistimewaan bakat sendiri apabila berdiri di pentas. 

Dari sudut psikologi, pandangan pertama memainkan peranan paling penting kerana segala ‘kehodohan’ yang diserlahkan pada kali pertama akan kekal melekat di minda umum. Jika aspek terpenting dalam pemasaran produk saja kita sudah gagal pada proses pengenalan, salahkah peminat jika mereka enggan menerima bakat yang cuba diperkenalkan? 

Realiti industri hiburan negara kita masih lagi dimomokkan pencapaian tidak selari kualiti karya, namun itu yang dibangga-banggakan sedangkan kejayaan itu cuma membawa kita berlegar di ruang lingkup sendiri. Gelombang kebangkitan artis dari Korea Selatan sebenarnya bukan sesuatu yang baru kepada pencinta seni tempatan. 

Pada pertengahan 1999, kita diperkenalkan dengan terma Hallyu yang merujuk kepada gelombang dicetuskan oleh bintang dari negara Asia Timur ini. Kebangkitan yang bertitik tolak daripada kegawatan ekonomi mendorong Korea menjadikan industri kreatif sebagai jalan keluar daripada kemelut itu membuahkan hasil. 

Drama Korea mula membanjiri seluruh Asia, malah mencatat kejayaan luar biasa di Jepun, China dan Asia Tenggara serta perlahan-lahan membolosi pasaran kecil di Eropah dan Amerika Selatan. Gelombang itu kini diteruskan oleh penggiat muzik, bertitik tolak daripada kepercayaan syarikat produksi Korea terhadap keupayaan YouTube sebagai medium berpengaruh untuk memasarkan karya mereka. 

Mereka begitu agresif mahu menembusi pasaran antarabangsa dan memanfaatkan keseluruhan kemudahan internet. Kehadiran laman sosial seperti Facebook, iTunes, Twitter dan YouTube mencipta paradigma baru yang mengubah landskap hiburan Korea secara keseluruhan. 

Manfaat itu kini dirasai oleh kebanyakan bintang lelaki Korea yang meraih pendapatan tertinggi bagi industri di luar lingkaran Hollywood. 
Difahamkan bintang Winter Sonata, Bae Yong-joon meletakkan bayaran mencecah RM15 juta untuk satu filem, manakala sembilan bintang Korea lain mengumpul pendapatan melebihi RM30 juta setahun. 

Bilakah semua keselesaan itu akan menjadi milik pemain industri tempatan? Penggiat industri hiburan Korea berjaya membuktikan segala yang diimpikan bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai dan kita juga mampu melakukan.
source:berita harian online

2 comments:

  1. akak setuju dgn article ni. artis kita sebenarnya perlu persediaan yg sgt rapi sblm nk bergelar artis.nk jd role model remaja zaman skang bkn senang kal dorg sendiri blm ada ciri2 yg diperlukan.

    ReplyDelete
  2. Yeah,that's so true!

    ReplyDelete

Salam, Kepada sesiapa yang ingin meletakkan link sila gunakan
<a href="URL BLOG">Nama< /a> [rapat kan < dengan / okey ;)] ini atau just letak URL blog korang tanpa blogspot.com
Sila ikut cara nie ye. hee

Salam sayang dari Naddy ♥
Komen anda amat la bermakna buat Nad.
Mind your words okey ^^

©Copyright Reserved to Story Nadya l Designed by DayangDeno